Aluan Pengerusi Kelab








Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua pengunjung laman blog ini khususnya warga pendidikan daerah Segamat dan  sekitarnya . Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. berserta ahli keluarga dan para sahabat sekalian. 

Terlebih dahulu saya bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya Kelab Sukan dan Rekreasi PPD Segamat (SuReK) telah mempunyai laman  untuk dilawati oleh ahli-ahli  bagi mengetahui aktiviti kelab, maklumat barisan AJK, program bulanan, gambar-gambar aktiviti yang telah dijalankan dan juga beberapa maklumat yang boleh dimanfaatkan melalui ‘link’ ke laman  yang berkenaan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi melawat laman ini. 

Dengan adanya laman ini, Kelab SuReK PPD Segamat telah mengorak langkah setapak lagi di dalam menyebarkan maklumat dan berita berkenaan segala aktiviti kelab yang telah dan akan dijalankan, di samping pengedaran buletin bulanan kepada ahli . Segala cadangan yang baik  berkenaan aktiviti kelab bolehlah dikirimkan melalui e-mail di laman ini supaya ianya dapat diteliti dan dilaksanakan oleh JK Kelab. Pandangan dan sumbangan tuan/puan amat kami hargai demi kebaikan kelab kita.  Segala kekurangan di dalam laman ini saya ingin memohon ampun dan maaf dan In Sha Allah akan diperbaiki kandungannya dari masa ke semasa. Ucapan terima kasih saya kepada sukarelawan dan AJK yang terlibat di dalam menjayakan laman ini.


Sekian, terima kasih dan wassalam.

SAZALI BIN AHMAD
Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi

Pejabat Pendidikan daerah Segamat

No comments:

Post a Comment